Monday, 25 April 2016

Aku Dan Kambing Bukan Siapa-Siapa,......

      Sejak zaman kanak-kanak aku lagi sudah dikelilingi kambing-kambing pemberian arwah nenek aku. Mungkin sejak dari itulah minat aku menternak lembu dan kambing tumbuh dengan subur. Mungkin juga "geram" bila tengok momy dan dady menternak lembu dan kambing tp seolah-olah tidak memberikan hasil yg setimpal dengan penat lelah mereka menternak. cara mereka membela lembu dan kambing lebih kpd haiwan kesayangan @ untuk sara diri semata-mata. Aku sendiri pun tak tahu yg mana satu, sara diri ke haiwan kesayangan??. Mungkin juga dari sebab itu aku bangkit ingin membuktikan cara menternak yg lebih baik, keuntungan setimpal dengan penat lelah.


   3 tahun aku belajar ilmu selok belok penternakan ruminan yg di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Cita-cita aku satu je, ingin menambah baik cara menternak yg diamalkan turun temurun oleh dady dan menternak dengan betul supaya boleh buat duit. 


    Setelah habis belajar, aku pulang ke kampung, dengan  tekad membara aku bina kandang kambing muat untuk 2ekor yg aku beli di ladang tempat aku bekerja. Tiba- aku tersedar satu benda, aku tak ada duit untuk menampung kos operasi kandang dan kos hidup aku. Tempat aku susah nk dapat kerja sebagai kuli. semua yang ada kt kampung tokey2..so, terpaksalah aku merantau ke tempat orang demi mencari sesuap rezeki. maka tamatlah kisah aku untuk menjadi penternak. Sekarang aku menapak dalam bidang perindustrian perkilangan yang langsung tidak ada kena mengena dengan bidang aku.


   Insya Allah, satu hari nanti aku akan kembali, memulakan ternakan kembali. Buat masa sekarang kumpul modal dan merantau dulu.

Sunday, 8 November 2015

Lembu integrasi bawah sawit.

  Setelah menempuhi perjalanan beratus batu, cuti kerja berhari2, keluarkan belanja beratus ratus riyal, aku faham satu perakara. Induk lembu pedaging hanya dibiakkan sebanyak 5 kali sahaja, kemudian akan di takai.

Saturday, 26 September 2015


Bermula sedari beli kambing, penanaman pastura, bina kandang,saluran paip dan elektrik.
Pejam celik2...dah berumur setahun.

Friday, 25 September 2015

4 hari cuti......dop leh kelik kapoo..oooo...punoh....dok kelip pah kelip pah sinim............

Wednesday, 23 September 2015

kambing boer

bela sejak umur 3bulan lagi
semakin jauh meniti titian usang...terasa semakin lemau,.....semakin kosong,hambar,,,tawar.....